Hak Milik Siti Zahrah Muslim. Powered by Blogger.


RSS

Sejarah Tabika Ku









Assalamualaikum... Salam sejahtera...Salam 1 Malaysia....


Selamat Datang ke Tabika ku....yang ditubuhkan pada awal tahun 2012. Tabika Kemas Taman Anggerik 5 nama yang diberi mengikut tarikh penubuhannya.Tabika yang kami duduki kini adalah dari senarai rumah sewa yang telah diarahkan oleh orang atasan untuk dijadikan sebagai tabika atas permintaan masyarakat setempat.Bangunan sebenar dari pihak atasan belum diperolehi kerana lokasi untuk dijadikan tabika belum mendapat kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab. Tabika Kemas Taman Anggerik 5 telah dirasmikan sepenuhnya oleh Pegawai Daerah Kemas Kota Tinggi iaitu Pn. Mariani binti Jamaluddin. Oleh yang demikian, atas permintaan penduduk, Tabika Kemas Taman Anggerik telah bertambah menjadi 5 buah kelas sehinggga tahun 2012.Tenaga pengajar juga telah bertambah menjadi 5 orang dan dibantu oleh 5 orang pembantu sukarela.Semoga Tabikaku akan menjadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang...... Amin....


OBJEKTIF
1.Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;

2.Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;

3.Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;

4.Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ;

5.Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan

6.Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kurikulum

Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-

i). Komunikasi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi

Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers