Aktiviti Kokurikulum
•Kokurikulum Mingguan ;
•Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
•Aktiviti :
•Kelas Fardhu Ain/Iqra’
•Kelas Bahasa Inggeris
•Kompang/Percussion
•Seni mempertahankan diri
•Seni Tari/senamrobik
•Kokurikulum Tahunan :
•Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
•Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
•Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa
Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
•Pendidikan
Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan bantu mengajar untuk guru.
•Pendidikan Keibubapaan
Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
•Aktiviti Kokurikulum
Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka, penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.
•Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika
Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.
AKTIVITI
|
Read User's Comments(0)
Subscribe to:
Posts (Atom)